Wednesday 2 May 2012

Kaki,Adakah Aurat?..


.

Mazhab utama dalam isu ini:
Maliki,Syafi’i dan Hanbali
Seluruh bahagian tubuh wanita itu aurat kecuali muka dan telapak tangan.
Hanafi
Seluruh bahagian tubuh wanita itu aurat kecuali muka,telapak tangan dan telapak kaki.

Berdasarkan pendapat mazhab,Jumhur ulama berpendapat kaki wanita itu adalah aurat,tiada lagi keraguan padanya terutamanya dalam solat.Hanya pendapat Hanafi sahaja yang berpendapat bahawa kaki bukan aurat.
Allah berfirman yang bermaksud”Katakanlah kepada wanita beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya serta janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya”.(Surah al-Nur 24:31)
Yang dimaksudkan dengan”yang biasa nampak daripadanya?”Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa maksud ayat tersebut ialah wajah dan kedua-dua tapak tangan.(tafsir al-Quran)
Peranan wanita ialah mengetahui secara teori segala permasalahan berkaitan aurat dan seterusnya mengamalkannya secara konsisten.Lelaki pula berperanan memberi nasihat kepada wanita disekitarnya terutamanya peranan mereka mengelakkan ahli keluarga mereka daripada terhumban ke dalam neraka,disamping menundukkan pandangan bagi menjaga mata dan hati.
Konsep munutup kaki tidak hanya tercapai dengan memakai stokin sahaja.Konsep pakaian labuh seperti abaya yang biasa yang dipakai wanita arab mempunyai maqasid menutup kaki apabila mereka memakainya labuh sehingga meleret namun tidak sampai ke tahap berbangga-bangga  dengan pakaian labuh.Memakai kasut tertutup pada waktu hujan tanpa perlu memakai stokin juga boleh diterima dari segi praktis asalkan tujuan asal menutup aurat mampu dicapai.
Jika berada dirumah terutamanya kampung,kadangkala susah hendak menutup kaki dengan kehadiran ipar-duai,sepupu&sebagainya.Dalam situasi ini,mujahadahlah sedikit dengan meminimumkan kaki terdedah walaupun diberi beberapa kelonggaran jika berada di dalam rumah.Dalam konteks keluarga besar yang memahami syariat islam,pengasingan lelaki dan wanita bukan mahram boleh membantu.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:”Hai anak Adam,sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah,mudah-mudahan mereka selalu ingat.”(Surah al-A’raf 7:26)
Takwalah yang memotivasikan wanita sama ada patuh atau angkuh dengan suruhan Allah s.w.t.ini.Tepuk dada,tanya iman.Jika iman masih malap,terangkan hati dengan ilmu dan amal.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
Sila tinggalkan comment anda disini..