Ada
yang bertanya apakah zikir untuk menundukkan nafsu syahwat supaya dapat
hidup dengan lebih tenang dalam mentaati perintah Allah s.a.w. Tidak
dapat dinafikan dalam kehidupan ini, kita pasti berdepan dengan pelbagai
cabaran. Selagi kita ini hidup, cabaran dan ujian silih berganti. Di
antara ujian getir ialah runtutan syahwat yang tidak terkawal. Memang
kita ketahui nafsu syahwat yang tidak terkawal membawa akibat yang buruk
kepada diri berkenaan. Kemungkinan besar boleh terjerumus dosa besar
jika iman lemah dan tidak mampu membentengi diri dari godaan syaitan.
Saya
tidak berniat untuk menulis panjang dalam soal ini, perbincangan
berkaitan boleh dibincangkan pada ruang yang lain. di sini saya hanya
ingin memenuhi hasrat mereka yang bertanya tentang amalan zikir yang
boleh diamalkan bagi menundukkan nafsu syahwat. Semoga apa yang
dikongsikan di sini mendatangkan kebaikan untuk semua, insya Allah.
Amalkan zikir Ya Qahhar:
Allah
al-Qahhar adalah Dia Yang Maha Mengalahkan seluruh makhluk dengan
keperkasaan-Nya. Dia-lah Yang Maha Menjinakkan sesiapa yang
menentang-Nya dengan menunjukkan bukti keesaan-Nya. Dia-lah Yang Mahan
Menundukkan sesiapa sahaja yang membantah-Nya dengan kekuasaan-Nya.
Dia-lah Yang Maha Mematahkan belakang mereka perkasa dari musuh-Nya
dengan kematiaan dan kehinaan.
Cara beramal:
- Bacalah 337 kali siang dan malam dengan menghayati makna sehingga meresap ke dalam hati. Yakin bahawa Allah s.w.t. akan memberi kekuataan kepada dirinya untuk menundukkan, mengalahkan, menguasai dan mengendalikan hawa nafsunya.
- Bacalah doa berikut:
- Ertinya:”Tuhanku, Engkau telah menundukkan dan menjinakkan seluruh alam, yang tinggi mahupun yang rendah, yang dekat mahupun yang jauh. Anugerahilah aku secercah rahsia asma’- Mu al-Qahhar, agar nafsuku tunduk dan dapat kukendalikan dan agar berlutut di hadapanku seluruh penjahat. Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku kemampuan menguasai seluruh kewujudan diriku, agar aku dapat menghadapi iblis dan selamat dari pujuk rayuan syahwat. Ya Allah, jadikalah aku selalu memandang kegermerlapan cahaya nama-Mu al-Qahhar (Yang Maha Mengalahkan), sehingga aku tidak terpedaya dengan semua yang agung dan perkasa di bumi ini, wahai Yang Maha Agung, Yang Maha Menundukkan segala yang agung. Dan semoga selawat da salam sentiasa dilimpahkan kepada Nabi kami, Rasul kami Muhammad s.a.w. berserta keluarga dan sahabat beliau.”
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum
Sila tinggalkan comment anda disini..