Siapa yang pagi-pagi sudah memikirkan dunia,maka dia pagi-pagi telah murka Allah kepadanya.
Siapa yang mengeluh kerana ditimpa musibah,maka dia mengeluhkan Tuhannya.
Siapa yang tidak hirau dari mana datangnya rezekinya,maka Allah tidak hirau dari pintu mana dia akan masuk neraka.
Sesiapa yang berbuat dosa sambil ketawa dia akan masuk neraka sambil menangis.
Sesiapa yang sibuk memuaskan nafsu syahwat semata-mata,maka Allah akan mencabut daripada hatinya takut akan akhirat.
Sesiapa yang merendah kepada orang kaya kerana kayanya,maka selalu terbayang di ruang matanya kemiskinannya.
Pedih bukan, bila mengenangkan sejauh manakah reputasi kita sebagai
seorang 'hamba' disisi Tuhan kita? Namun ramai sekali manusia di dunia
ini tidak merasa apa-apa pun dan ada juga yang terlupa langsung untuk
menilik-nilik kedudukan dan melakukan semakan terhadap tahap prestasi
sendiri di sisi Allah SWT.
Bagaimana cara mengukurnya?
Jikalau kita hendak mengetahui sejauh mana kita di sisi Allah, lihatlah
kepada sejauh mana Allah di sisi kita. Allah SWT berfirman: "Ingatlah
Aku nescaya Aku akan mengingati kamu."
Jadi, sejauh mana kita mengingati Allah, selama itulah Allah mengingati
kita. Apabila kita ambil peduli pada Allah, Allah akan peduli pada kita.
Bila kita bergantung harap padaNya, Dia akan membantu kita. Bila kita
cinta padaNya, Dia akan menyintai kita. Bila kita takut padaNya, Dia
akan melindungi kita.
Dan,bagaimana kita mati nanti adalah bergantung kepada bagaimana
hidupnya kita. Kalau semasa hidup kita sering mengingati dan menyebut
nama Allah, demikianlah pada saat-saat kematian nanti. Jangan pula
apabila tiba saat itu, kata-kata dan ingatan tidak baik yang menerjah
dan terzahir keluar dari diri kita lantaran ketika hidup dahulu kita ini
jenis yang tidak pedulikan Tuhan!
Na'uzubillahi min zalik.