Tidak
ada orang mahu miskin. Semua mahu kaya, mahu rezekinya murah, mahu
hidupnya mewah, mahu urusan duniawinya dipermudahkan. Tidak ada yang
mahu miskin, kekurangan, apalagi melarat.
Semua mahu hidup senang
di dunia, mewah dan berlebihan tanpa memikirkan apa yang menimpa
terhadap dirinya dari kekayaan yang diberikan kepadanya.
Malah
sebahagian dari mereka berusaha agar boleh kaya dengan cara apapun.
Dengan cara halal atau dengan cara haram. Semua cara dilakukan, yang
penting boleh kaya dan mendapat duit.
Banyak sekali do'a-do'a
yang diajarkan Nabi kita Muhammad saw agar boleh dapat kekayaan, murah
rezeki dan hidup senang, diantaranya yang diriwayatkan oleh Abu Abdullah
Muhammad al Qurtubi dalam tafsirnya yang menulis bahawa kebaikan di
dunia sangat luas mencakupi diantaranya:
kesihatan,
isteri yang soleh, anak dan keturunan, ilmu, ibadah dan pula harta
benda dan kekayaan. Ini semua termasuk dalam kategori kenikmatan
duniawi.
Di lain ayat Allah berfirman "dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi". Alqashash 77
Di
samping do'a-do'a yang diajarkan untuk rezeki murah, ada pula do'a-do'a
yang tidak popular di zaman ini yang diajarkan Rasulullah SAW agar
meminta kepada Allah kemiskinan
"Ya Allah, hidupkan aku miskin. Matikan aku miskin. Dan kumpulkan aku kelak di Padang Mahsyar ke dalam kelompok kaum miskin".
Doa
diatas tadi jarang sekali dibaca tapi memang itu kenyataan doa yang
diajarkan Rasulullah SAW agar meminta kepada Allah kemiskinan.
Suatu
ketika Rasulullah pernah ditanya tentang syurga dan ahlinya, beliau
menjelaskan bahAwa penghuni yang paling ramai di syurga adalah orang
miskin. Yang dimaksud di sini tentu bukan semua orang miskin masuk
syurga. akan tetapi kebanyakan penghuni surga adalah orang miskin yang
sabar, soleh, taat kepada Allah dan banyak beribadah.
Miskin.
Siapa suka miskin? Semua lari dari kemiskinan dan takut miskin. Ini
kenyataan hidup sekarang ini. Tidak ada orang ingin hidup miskin.
Bercadang ingin jadi miskin, bermimpi jadi orang miskin atau bertemu
dengan kemiskinan atau kesusahan sahaja sama sekali tidak dibayangkan.
Tapi
kalau kita teliti dengan saksama memang itulah kenyataan sebahagian
falsafah hidup yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita. Dan baginda
sendiri ternyata hidup dalam keadaan miskin. Ketika beliau wafat, tidak
ada harta yang diwariskan untuk keluarganya dan diketahui baju besinya
masih tergadai pula. Rahsia apa sebenarnya yang terkandung dalam gaya
hidup seperti baginda itu ?
Begitu pula para sahabat Nabi
kebanyakannya mereka hidup dalam kekurangan dan kemiskinan. Hidup
berlebihan atau kaya sangat jarang kita dapatkan dalam kisah kehidupan
para sahabat Rasulullah. Ada diantara mereka yang kaya seperti Usman bin
Affan dan Abdurahman bin Auf, tapi mereka pun berusaha menginfa'kan dan
rela mengeluarkan hartanya ke jalan Allah agar jadi miskin.
Imam
besar Ali RA hidup miskin dan serba kekurangan. Malah setelah berkahwin
dengan Fatimah binti Rasullah beliau tidak mampu mengambil seorang
pembantu.
Ketika
isterinya, Fatimah, datang kepada ayahnya minta kepada beliau seorang
pembantu. Rasulullah pun berkata "Wahai anakku bersabarlah. Sesungguhnya
sebaik baiknya wanita adalah yang bermanfaat bagi keluarganya"
Contoh
lainnya, pernah satu ketika Rasulallah SAW datang menziarahi ke rumah
anaknya, Fatimah. Ketika beliau melihat anaknya mengenakan subang dan
rantai diperbuat dari perak, begitu pula beliau melihat selak pintu
rumahnya diperbuat dari bahan sejenis perak, Rasulullah segera keluar
dari rumahnya dan kelihatan tanda tanda kemarahan di wajah beliau.
Beliau naik ke atas mimbar.
Fatimah pun mengetahui maksud
kemarahan ayahnya. Maka ditanggalkan subang, rantai dan selak pintu yang
terbuat dari perak dan segera diserahkannya kepada Nabi di atas mimbar
seraya berkata "Jadikanlah semua ini di jalan Allah, ya abati".
Ya Allah Ya Robb, adakah lagi perempuan perempuan sehebat Fatimah RA di zaman ini ??
Wahai
kaum muslimin, seandainya dunia ini bernilai di sisi Allah sebesar
sayap nyamuk, maka tidak ada seorang orang kafir diberi minum setitis
pun"
Jadi, mengapa Rasulullah SAW mengajarkan doa jadi miskin?
Rahsia apa sebenarnya yang terkandung dalam doa dan contoh yang beliau
berikan ?
Orang kaya yang hanya memikirkan diri sendiri, serakah,
tamak, dan kedekut, orang semacam ini dikategorikan orang kaya tapi
berjiwa miskin. Sebaliknya orang miskin yang menerima nasib, bersabar,
tabah dengan segala musibah yang menimpah dirinya, dan redha serta
bersyukur dengan apa yang telah diberikan Allah, ia adalah orang miskin
berjiwa kaya.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum
Sila tinggalkan comment anda disini..