Monday 26 December 2011

kemanisan iman....

Kemanisan, kelapangan, dan ketenangan hati merupakan nikmat Tuhan yang tidak terhingga. Ramai manusia yang tertipu dengan kemanisan dan kesenangan zahiriah dunia yang tidak kekal, akan tetapi hatinya tidak merasai keindahan yang sebenar daripada hakikat kehidupan. Seluruh tubuhnya digerakkan dan dijanakan untuk mengecapi apa yang indah di matanya. Cintanya diarahkan kepada kepalsuan dunia. Jiwanya sempit serta dadanya merasa sesak ibarat dunia yang luas ini tidak cukup untuk menampung keinginan hatinya yang begitu besar. Tidak merasa cukup terhadap rezeki yang melimpah ruah dalam genggamannya. Akhirnya, keinginan yang tidak berkesudahan, serta rasukan nafsu dan hasutan syaitan memaksa manusia itu menggadaikan imannya, cintanya yang sebenar terhadap Tuhannya.

Dari Anas ra, Rasulullah saw. telah bersabda : 3 golongan yang barangsiapa berada dalamnya akan memperolehi kemanisan iman iaitu : Mereka yang menjadikan Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada apa yang selain dari keduanya. Tidak mencintai seseorang itu melainkan kerana Allah serta membenci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah Taala
membebaskan daripadanya seumpama membenci untuk mencampakkan dirinya ke neraka.

Sungguh parahnya hati manusia itu. Jiwanya kesakitan. Dihinggapi penyakit demam panas yang teruk. Sehingga tidak dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Umpama seorang pesakit demam teruk yang tidak dapat membezakan antara rasa madu dan cuka. Lalu dikatakannya semuanya sama sahaja. Tidak ada bezanya. Itulah ibarat hati yang kesakitan. Sakit dengan dosa dan maksiat.

Rasulullah saw. telah menunjukkan kepada umatnya kebahagian yang sebenarnya dengan mengecapi kemanisan iman. Lalu ditetapkan garis panduan dan unsur-unsur yang perlu dilengkapi setiap muslim itu. Iaitulah meletakkan cinta dan kasih utamanya hanya terhadap Allah dan RasulNya.
Imam Nawawi dalam kitab syarah Sahih Muslim menyatakan maksud kemanisan iman ialah menikmati kelazatan melakukan ketaatan serta menahan kesusahan dengan sabar untuk mendapat reda' Allah Taala dan rasulNya SAW dan mendahulukan demikian itu melebihi kesenangan dunia.


Berkata sebahagian ulama' : Kecintaan adalah persetujuan hati atas apa yang diredai Allah Taala serta menyukai apa yang disukaiNya dan membenci apa yang dibenciNya.

Friday 16 December 2011

Sahabat,maafkan saya...

Maafkan saya..saya tak bermaksud untuk menjauhkan diri daripada sahabat2 saya.Terima kasih sebab ambil berat tentang diri ini tapi saya perlukan masa untuk bermuhasabah diri.Bagi saya,kamu semua adalah semangat untuk saya teruskan hidup ini.Kamu semua membuatkan saya sedar betapa pentingnya hidup ini dalam menuju kebahagian yang abadi..Maafkan saya...

HusNuL KhaTimaH(Pengakhiran Yang Baik)

Setiap makhluk yang hidup di alam dunia pasti akan menempuh alam barzakh dengan melalui satu perjalanan menuju hari akhirat iaitu kematian.Kematian sesuatu yang pasti terjadi,tiada siapa yang dapat melarikan diri daripadanya.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:"Setiap yang bernyawa pasti akan mati.Dan pada hari kiamat sahaja akan disempurnakan balasan kamu.Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,maka ia telah berjaya."(Surah Ali 'Imran 3:185)
Itulah nikmat bagi mereka yang beriman iaitu diberikan kebenaran yang indah apabila mereka bermujahadah dalam kesusahan yang singkat semasa di dunia.Oleh sebab itu,perjalanan kehidupan bagi menempuh kematian itu perlu dijalani berpandukan syariat.Dengan bekal,ia bakal menjadi penyelamat bukan sahaja di akhirat,bahkan semasa menghadapi sakaratulmaut.Allah meredai pemergian kita dari dunia apabila kita beroleh husnul khatimah.
Antara tanda2 menemui pengakhiran yang baik adalah:
  • mampu mengucapkan syahadah.
  • mati syahid di medan perang.
  • meninggal ketika melahirkan anak.
  • mati ketika mengerjakan amal soleh& sebagainya. 
Bagaimana caranya bagi mendapatkan husnul khatimah?Jawabnya,kenal diri sendiri(kita hanya hamba)dan jelas dengan matlamat hidup sebagai hamba-Nya.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:"Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku".(Surah al-Dhariyat 51:56)

Thursday 15 December 2011

DuHai HaTi...

Duhai hati,
jangan dikau terus bersedih,
atas apa yang terjadi,
kerana ini ujian-NYA,
yang pasti memberi saham akhirat...

Duhai hati,
ingatlah azam mu selami ini,
ingatlah perjuanganmu sehingga hari ini,
ingatlah segala kesakitan yang telah kau tahan,
jangan biarkan semua hilang...

Duhai hati,
pastikan dikau tertaut dengan cinta Penciptamu,
jangan sesekali ia lari dari landasan,
jagalah walau kesakitan menjadi teman...
Duhai hati,
teguhkan impian sucimu,
pegang erat angan cintamu,
kerana keredhaan ALLAH pasti kau temu...

Duhai hati,
percayalah dan bermuhasabah sentiasa,
agar anugerah yang kau perolehi,
sentiasa menjadi fitrah yang murni,
jangan sampai fitrah menjadi fitnah!
Duhai hati,
sandarkan segalanya pada ALLAH,
seperti yang kau selalu lakukan,
kerana disitulah erti kebergantungan,
seorang insan bernama hawa...









Masa silam yang kelam...

Bumi mana tidak ditimpa hujan.Manusia mana yang tidak pernah berdosa.Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam,kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.
        Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat.pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Ilahi.Jika dulu bergelumung dengan dosa terasa manis dan bahagia,berpatah baliklah.Jadikan dosa kini tersa pahit dan punca kesengsaraan.Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah,binalah langkah hari ini untuk dekat dengan risalah wahyu iaitu al-Quran dan hadis.
        Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap.Biar merangkak,biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan.Moga dengan itu,kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi.

Wednesday 14 December 2011

Luka diwajah orang nampak,luka di hati siapa yang tahu.Jadikan ALLAH sebaik-sebaik tempat untuk mengadu....

Hidup ini tak seindah yang diharapkan..macam2 dugaan yg perlu ditempuhi dalam hidup ini.Hidup bagaikan roda,kadang2 kita di atas.kadang2 kita dibawah.Perkara yang paling menakutkan apabila diuji dengan percintaan manusia.sakitnya memang perit untuk dirasai.apabila masing2 saling mencintai,ibu bapa pula tidak  merestui(mybe ibu bapa nak yang terbaik untuk anak2nya),ada juga bila ibu bapa merestui,anak pula yang tidak dapat menerima.Tapi bagaimana pula dengan cinta yang direstui keluarga&pasangan tersebut memamg menerima hubungan tersebut..Maksudnya,bila kita menerima seseorang,kemudian si lelaki menyatakan persetujuan(berjanji) untuk menikahi si perempuan..tambahan lagi bila keluarga perempuan&lelaki sudah mengetahui yang mereka memang serius dalam soal itu.Si lelaki akhirnya meninggalkan si perempuan kerana si lelaki masih mencintai cinta pertamanya(sedangkan cinta pertamanya isteri orang&mempunyai seorang anak)...Namun dengan hati yang kecil ini,jiwa yang rapuh ini,dengan iman yang tak sekuat mana cuba diyakinkan.DIA LEBIH TAHU,dan dia tahu saya mampu,lantas dalam deraian air mata,kaki digagahkan melangkah hati dikuatkan agar redha akan takdirNya.disematkan yakin bahawa semua yang berlaku ada hikmah yang perlu dicari...

Allah s.w.t. sentiasa ada...

Yakin dan percayalah. Allah sentiasa ada untuk kita. Allah bukan hanya ada saat kita duduk di atas sejadah. Atau ketika kita mengangkat takbir dan berdiri menunaikan solat. Allah sentiasa ada tidak mengira waktu, ruang dan ketika. Tidak kira samada kita susah atau senang. Dia sentiasa ada untuk kita, cuma kita yang sering saja melupainya.

KeHiduPaN....


kebahagian ada untuk mereka yang menangis,mereka yang tersakit,mereka yang telah mencari,dan mereka yang telah mencuba.kerana mereka lah yang boleh menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka....