Wanita 1 : Betul U sayang I ??
Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.
Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I..
Lelaki : I pegang sikit je sayang..
Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana?
Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u ..
Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I?
Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je..jangan cakap
apa-apa,I pegang sikit je..boleh ye sayang??
SETAHUN SELEPAS ITU..
Wanita 1 : Sampai hati..U tipu I.. Dulu u kata nak nak
kahwin dengan I.. Tapi bila u dah dapat..U nak kahwin dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan
yang senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci..Bukan macam u,
yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I
bodoh nak kahwin dengan U?
Wanita1 : Sampai hati u cakap macam tu, dulu.. Masa u nak,
macam-macam janji manis u bagi. Tapi sekarang u salahkan I?
Lelaki : I lelaki.. I cuma nak uji u je.. Tapi dah u bagi,I
ambil laa. .
Wanita1 : U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan
u..
Lelaki : U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang
kenduri I nanti.
Wanita1 : U akan dapat balasannya nanti . .
Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang
diimpikannya.. MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA..
Lelaki : Sayang… I love u so much..
Wanita 2 : Me too sayang..
Lelaki : I bertuah kahwin dengan u.
Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat
u..
Lelaki : Apa dia sayang?
Wanita 2 : Sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tidur
dengan I.. I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka
je..Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bila nak kahwin,I cari lelaki baik
macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan?
Lelaki : apa???? (terkejut)
Allah Swt berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang
jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (An-Nur’:26)
penuh pengajaran...
ReplyDeleteapalah diharap isteri sehebat khadijah, andai dirimu tidak seperti Rasulullah.. (",)
orang kata, nak dapat isteri yg baik.. senang je.. kita sendiri yg terlebih dahulu jadi baik... (",)
Ye..betul tu..:)
Delete