Friday 16 December 2011

HusNuL KhaTimaH(Pengakhiran Yang Baik)

Setiap makhluk yang hidup di alam dunia pasti akan menempuh alam barzakh dengan melalui satu perjalanan menuju hari akhirat iaitu kematian.Kematian sesuatu yang pasti terjadi,tiada siapa yang dapat melarikan diri daripadanya.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:"Setiap yang bernyawa pasti akan mati.Dan pada hari kiamat sahaja akan disempurnakan balasan kamu.Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,maka ia telah berjaya."(Surah Ali 'Imran 3:185)
Itulah nikmat bagi mereka yang beriman iaitu diberikan kebenaran yang indah apabila mereka bermujahadah dalam kesusahan yang singkat semasa di dunia.Oleh sebab itu,perjalanan kehidupan bagi menempuh kematian itu perlu dijalani berpandukan syariat.Dengan bekal,ia bakal menjadi penyelamat bukan sahaja di akhirat,bahkan semasa menghadapi sakaratulmaut.Allah meredai pemergian kita dari dunia apabila kita beroleh husnul khatimah.
Antara tanda2 menemui pengakhiran yang baik adalah:
  • mampu mengucapkan syahadah.
  • mati syahid di medan perang.
  • meninggal ketika melahirkan anak.
  • mati ketika mengerjakan amal soleh& sebagainya. 
Bagaimana caranya bagi mendapatkan husnul khatimah?Jawabnya,kenal diri sendiri(kita hanya hamba)dan jelas dengan matlamat hidup sebagai hamba-Nya.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:"Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku".(Surah al-Dhariyat 51:56)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
Sila tinggalkan comment anda disini..