Thursday 15 December 2011

DuHai HaTi...

Duhai hati,
jangan dikau terus bersedih,
atas apa yang terjadi,
kerana ini ujian-NYA,
yang pasti memberi saham akhirat...

Duhai hati,
ingatlah azam mu selami ini,
ingatlah perjuanganmu sehingga hari ini,
ingatlah segala kesakitan yang telah kau tahan,
jangan biarkan semua hilang...

Duhai hati,
pastikan dikau tertaut dengan cinta Penciptamu,
jangan sesekali ia lari dari landasan,
jagalah walau kesakitan menjadi teman...
Duhai hati,
teguhkan impian sucimu,
pegang erat angan cintamu,
kerana keredhaan ALLAH pasti kau temu...

Duhai hati,
percayalah dan bermuhasabah sentiasa,
agar anugerah yang kau perolehi,
sentiasa menjadi fitrah yang murni,
jangan sampai fitrah menjadi fitnah!
Duhai hati,
sandarkan segalanya pada ALLAH,
seperti yang kau selalu lakukan,
kerana disitulah erti kebergantungan,
seorang insan bernama hawa...









No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
Sila tinggalkan comment anda disini..