Allah kata dalam Quran: Satu hari di Akhirat adalah bersamaan 1000 tahun di dunia. 
Jika umur kita panjang dan diizinkan Allah untuk hidup selama 100 tahun 
sebenarnya kita hanya mampu hidup hanya beberapa jam/minit jika dihitung
 dengan masa Akhirat.
Contoh:
1 Hari Akhirat = 1000 tahun dunia
1 Hari Akhirat = 24 Jam (andaian)
jika kita hidup 100 tahun = 100/1000*24 = 2.4 jam Akhirat 
1 Jam = 60 minit 
2.4 Jam = 144 minit
Perbandingan 100 tahun hidup di dunia adalah sama dengan 144 minit hidup
 di akhirat..tak lama bukan..? Perumpamaan kita di dunia ini adalah 
sebagai transit sahaja sebelum menuju kehidupan yang abadi. Umpamanya 
macam kita dalam perjalanan di lebuhraya dan singgah di R&R untuk 
melepaskan lelah..tapi dalam masa transit itulah kita sempat membuat 
kerosakan - conteng dinding tandas, buang sampah, cabut tombol pintu, 
cantas pokok dan sebagainya..
Itulah analoginya kita didunia ini ..Dalam masa transit yang sekejap ini
 kita lupa pada Allah, Ingkar dengan perintahNya..meninggalkan Quran, 
hasad dengki sesama manusia dan berbagai lagi kerosakan. Mengingatkan 
diri kamu adalah mengingatkan diri saya juga. Kita akan dijemput pulang 
satu hari nanti..itu yang pasti..
Allah turunkan AlQuran sebagai kitab yang memberi petunjuk. Petunjuk ke 
jalan yang lurus..kitab yang memimpin kita ke syurgaNya tapi kita lebih 
mudah memilih buku lain dari kitab yang satu ini. Ringkasnya: Kitab ini 
petunjuk ke Syurga.
Kita sudah tahu kitab ini yang membawa kita ke syurga..justeru kita 
tidak perlu berlengah lagi...lancarkan serangan ke atas musuh kita yang 
sering menjauhkan kita dari syurga Allah..syaitan adalah musuh kita yang
 nyata..perbuatlah dia seperti musuh kerana dia menganggap kita sebagai 
musuhnya.
Serang dengan apa..? Tawakal kpd Allah, Doa, taawuz dan berbagai lagi 
senjata yang Allah bekalkan dalam al-quran. Dari Ibn 'Abbas RA katanya 
sabda Rasulullah SAW:
"Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia, apabila manusia 
menyebut Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia 
akan membisikkan kejahatan." 
100 tahun hidup di dunia hanya bersamaan 144 minit di Akhirat..Dunia 
adalah sementara dan kehidupan yang kekal adalah di negeri 
Akhirat..penuhi 100 tahun dengan amalan yang berfaedah, memenuhi janji 
Allah untuk ke Syurga.

