Inilah yang sering kali berlegar dalam benak fikiran manusia yang masih menanti siapa pasangan hidupnya di dunia ini.
Jodoh itu di tangan Tuhan.Tiada sedikitpun kuasa dari tangan manusia untuk menetapkan siapa yang bakal kita kahwini kelak.
Barangkali ramai yang menyangka bahawasanya jodoh itu mampu di rancang 
mengikut kebahagiaan diri sendiri,namun kenyataannya adalah tidak.Jodoh 
itu merupakan ketetapan Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit.
Bila sudah punya kekasih hati yang cantik/kacak,jangan terlalu 
takbur.Usah kita berlagak seolah-olah kita memang tahu orang yang kita 
cintai selama beberapa tahun itu adalah jodoh yang terbaik buat 
kita.Maksudnya,apabila kita jatuh cinta dan cinta kita berbalas,usah 
berlagak seperti kita tahu orang yang kita cintai dan mencintai kita itu
 adalah jodoh kita,kerana jodoh itu adalah salah satu dari rahsia Allah.
Zaman ini,sudah berapa banyak kes manusia yang bercinta bertahun 
lamanya,seakan sudah yakin mengenali antara satu sama lain tapi 
pengakhirannya cinta mereka putus di tengah jalan.Justeru,cinta yang di 
anyam selama ini atas dasar apa? 
Kerana rupa?Harta?Nafsu?
Kerana itu hati masing-masing mula berubah?
Ada yang beranggapan bahawa bercinta dahulu sebelum bernikah itu penting
 kerana mahu mengenali terlebih dahulu hati budi seseorang yang bakal 
kita habiskan sisa-sisa umur bersamanya.
Dari situ akan bermulanya istilah 'couple' - dating setiap hari,bermadah cinta setiap detik.
Dan bila sampai waktunya untuk akad nikah,sudah hilang rasa 
keterujaan,perasaan berdebar-debar terhadap pasangan.Kerana apa? Kerana 
kita sudah biasa lakukannya sebelum bernikah.Barangkali perasaan bosan 
juga mula menguasai diri.
Maka,tidak hairanlah kalau ada pasangan yang baru sahaja beberapa bulan 
mendirikan rumah tangga sudah mula menampakkan diri di mahkamah 
syariah.Sudah lali fenomena tersebut pada masa kini.
Pernikahan yang di dirikan atas dasar nafsu dan cinta semata-mata tidak 
akan kekal.Perasaan cinta itu akan ada pasang surutnya.Nafsu juga akan 
pudar.Justeru,andai kedua-duanya sudah hilang,apa lagi yang tinggal 
untuk mengukuhkan institusi rumah tangga?
Bernikahlah kerana Allah Taala.Jadikan gerbang perkahwinan itu sebagai 
satu ibadah.Kerana dalam dunia rumah tangga itu,masing-masing punya 
tanggungjawab yang perlu di tunaikan.Alangkah indahnya jika di saat si 
suami mengimamkan solat,isteri dan anak-anak turut serta menjadi makmum 
di belakang serta mengaminkan segala doa yang di panjatkan.Itulah nikmat
 yang bakal di perolehi andai semua yang kita lakukan kerana Allah.
                 Majlis Perkahwinan Jazri&Julia
Majlis Perkahwinan Hafizuddin&Hidayah
Majlis Perkahwinan maksu&paksu
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai "
p/s : Percayalah selain mati, jodoh juga perlu ditunggu gilirannya..('',)




